Bismillah.
Siapa yang sampai ke post ni mesti tengah pregnant kan? So dok survey la pengalaman ibu-ibu yang dah pernah bersalin kan. Sama jugak macam aku dulu. Tambah-tambah kalau first baby. Hoi neves dia kalah neves nak ambik result exam tau. Dalam kepala ni asek dok terpikir benda bukan-bukan. Macam mana kalau tak boleh bersalin normal, macam mana kalau tak reti meneran, macam mana tu, macam mana ni, ahhh neves. Tapi dalam hati dok berdoa moga selamat semuanya. Kepada bakal-bakal ibu sekalian, bertenang dan doa banyak-banyak semoga urusan kita untuk melahirkan anak dipermudahkan.
Aku jugak seorang ibu. Ibu kepada seorang anak lelaki yang sekarang dah berumur setahun 4 bulan. Cepat masa berlalu, tiba-tiba anak dah boleh berlari. Dan ini kisah aku dan Muhammad Fayruz Qayyum.
10 OGOS 2013
Hari Raya Aidilfitri yang ke tiga kalau tak silap. Aku cirit birit , dari pagi sampai malam. Tapi baby bergerak flying kick aktif macam biasa. Cuma perut aku tak selesa, meragam ja. Aku assume mungkin sebab aku makan banyak , yela kan hari raya. Aku punya penangan cirit birit ni sampai tak boleh tido malam. Suami dah tido mimpi sampai ke bulan bintang dah. Tak boleh tido malam ni memang start dari trimester ketiga lagi. Mata pun dah macam panda.
11 OGOS 2013
2.00 pagi :
Perut aku senak macam period pain. Sapa pernah rasa period pain tu camna , hampa tau la. Aku relaks ja dulu main-main facebook , main game sebab aku ingatkan biasa kot . Lagi satu aku fikir tak kan nak bersalin dah kot, due date lambat lagi, ada lagi dua minggu. Pastu selang dua tiga minit, senak tu hilang. Selang dua tiga minit pulak, senak balik. Ahhh sudahh! Aku dah start agak dah ni mesti contraction kecik ni.
Aku monitor senak ni , selang 10-8 minit sekali. Dan aku yakin, yang aku memang dah nak bersalin! Neves nokkk. Aku check kalau-kalau ada turun tanda tapi takdak lagi. Turun tanda ni setengah orang turun darah, setengah orang turun lendir campur darah, setengah orang keluar air ketuban terus. Aku monitor masa sampai pukul 5 pagi.
5 pagi :
Aku gerak suami bangun tido. Terkejut dia sebab ingatkan aku nak bersalin sangat-sangat dah macam dalam drama melayu tu. Kahkahkah. Apala ni real life, mana ada sakit 5 minit terus bersalin. Lepas gerak suami, aku mandi, bersihkan apa yang patut. Solat subuh, siapkan beg barang-barang baby. Aku nasihatkan beg baby tu siapkan awal-awal k. Tengok macam aku ni due date lagi dua minggu tapi dah nak terberanak dah.
6 pagi :
Bergerak ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar, Perlis. Dalam 20-25 minit saja dari rumah aku. Kami terus ke wad bersalin. Doktor praktikal lelaki umur lebih kurang aku ja check bukaan bawah aku. Doktor kata baru 1 cm tapi contraction aku kuat. Dia tanya aku ada minum minyak selusuh ke sebab contraction kuat tapi aku memang takdak ambik apa-apa pun. Natural ja. Pastu buat CTG untuk check jantung baby, semua okay. Doktor suruh balik dulu sebab baru buka 1 cm dan katil dalam wad penuh.
Balik dari hospital tu, aku makan roti canai cicah susu pekat manis sebab mengidam tak habis lagi. Hahah. Suami kata makan banyak-banyak , nanti dah bersalin, kena pantang lama. Contraction sepanjang hari tu rasa macam semalam jugak. Cuma makin kuat dia punya sakit tu. Aku tido jela sepanjang hari sampai petang.
6.30 petang :
Suami buatkan air mandian suam then aku mandi dan berendam. Serius rasa calm sangat bila tengah sakit tu , boleh berendam pulak dalam air suam. Try la buat nanti bila hampa tengah contraction. Patut la omputih selalu bersalin dalam air sebab tenang.
7.30 petang :
Aku keluar jalan-jalan dengan suami kat shopping mall. Saja jalan-jalan sebab nak cepatkan bukaan. Jalan 5 minit, berenti 5 minit sebab tahan sakit contraction tapi muka relax lagi. Beli buah kurma dan air zam-zam. Untuk bagi tenaga nak push push. Hehe .
10 malam :
Mama aku call suruh p check bukaan kat hospital. Aku malas nak p sebab sakit macam boleh tahan ja. Lagipun takdak turun tanda lagi. Buat keputusan untuk p check jugak sebab first experience so tak tau apa-apa lagi khenn. Takut jugak kalau jadi apa-apa kat baby.
11 malam :
Buat CTG check jantung baby, okay. Check bukaan dah 4 cm!!! Terus doktor cucuk jarum sebab nak masuk dalam labour room. Aku neves laaaaa. Planning nak mai check saja. Aku request kat doktor takmau masuk labour room lagi sebab sakit still boleh tahan. Doktor bagi tapi admit ward la. Aku mintak suami belikan nasi goreng sebab lapar. Haha
12 OGOS 2013 :
2.30 pagi :
Aku dalam wad, suami tunggu kat luar. Biasa la khenn , hospital kerajaan tak boleh sesapa tunggu. Lain la kalau kau anak jutawan kaya raya, p la bersalin kat hospital swasta nuhh. Tetiba aku rasa something keluar dari benda antara dua kaki (read:kemaluan). Check tengok tanda lendir campur darah dah turun. Neves dia sampai merah panas muka.
4.30 pagi :
Senak makin kuat dan makin cepat. Aku dah tak boleh tido dah. Berjalan dalam wad tu ke hulu hilir. Then terus request kat nurse nak check bukaan. Allhamdulillah bukaan dah 5 cm. So aku nak masuk labour room lah sebab dah boring tak tau nak buat menda dah. Keluar jumpa suami, minta ampun mintak maaf , kalau-kalau aku syahid masa nak bersalin nanti. Emosi sangat masa ni T_T
5.00 pagi :
Masuk labour room, doktor pelatih lelaki jugak yang pecahkan air ketuban aku. Dalam labour room tu homaiii gila sejuk. Dah la penuh basah dengan air pastu tak apaki baju pulak. Sadisnyaaa. Just pakai baju selapis saja yang hospital punya. Then nurse cucuk ubat tahan sakit kat punggung. Lepas cucuk tu aku dah lali mengantuk. Tapi tak boleh nak tido lena. Sebab sakit contraction makin kuat. Dann sebab kakak sebelah katil aku tu dok menangis sakit sambil merayu-rayu. Yang kakak katil depan pulak dok jerit-jerit sakit. Alahaiii T___T
8.00 pagi :
Aku dah sakit sangat sangat sangat sangat sangatttt dah. Rasa macam nak terberak yang amat sangat. Hahaah. Sebenarnya tak tau nak describe sakit tu macam mana. Tapi memang sakit lah. Yang tadi rasa sejuk dalam labour room tu terus berpeluh peluh. Panggil nurse suruh check. Sebab aku nak push push takleh tahan dah. Nurse bagi green light untuk push sebab bukaan dah 9 cm.
Bermula lah adegan push push. Dalam 5 kali aku push tapi baby tak keluar. Aku tak pasti sama ada betul atau tak cara aku push tu. Tapi nurse cakap dah betul dah. Ya Allah aku cuba sedaya upaya untuk teran tapi baby tak keluar jugak. Sedihnyaaa lahaiii sebab aku dah tak larat. Bayangkan dah dua malam tak tido.
Yang best nya nurse-nurse kat hospital ni memang thorrrrbaikk! Semua bagi semangat, tolong tolak baby dari perut untuk keluar. Terharu tau makcik-makcik and kakak-kakak nurse sebab tolong sampai macam tu sekali. Sobb sobbb
Disebabkan aku dah tak dak tenaga nak push, nurse tu terpaksa hiris sikit kat bahagian bawah tu untuk mudahkan baby keluar. Lepastu nurse ambik tangan aku dan letak kat bawah tu. Subhanallah aku boleh rasa rambut baby dan dahi baby dah keluar dah tapi tak keluar habis lagi. Terus semangat berkobar-kobar nak keluarkan baby. Bismillah, dengan sekali push, lahirlah Muhammad Fayruz Qayyum ke dunia. Tepat jam 8.43 pagi , pada tanggal 12 OGOS 2013, lahirlah putera sulung kami seberat 3.55 KG, sihat dan sempurna, Allhamdulillah. Allahu, terus rasa lega bila dengar suara dia. Terima kasih Allah..
10 pagi :
Selesai jahit. Nurse bagi minum milo. Menyusu baby untuk kali pertama. Serius indah sangat perasaan bila tengok baby pandai sangat hisap susu. Tapi susu aku tak banyak pun masa ni. Kesian baby mesti lapar. Lepas menyusu baby terus aku muntah. Muntah banyak gila. Herrrr tah apa-apa. Tapi syukur sangat segalanya selamat.
SPECIAL THANKS kepada semua staff nurse dan nurse-nurse Hospital Tuanku Fauziah Kangar Perlis dari wad bersalin yang terlibat untuk tolong aku semasa proses melahirkan Muhd Fayruz Qayyum. Hampa memang terbaik! Sebab aku bersalin tanpa doktor. Semua nurse yang handle. Hebat kan depa. Terima kasih sekali lagi. Aku doa next coming babies pun akan dapat nurse-nurse yang baik macam ni jugak.
Dan kepada bakal-bakal mommies yang tengah tunggu due date tu, banyakkan zikir. Mintak Allah mudahkan na. Ameen :)
- MAMA FAYRUZ -
YaAllah seronoknya baca cerita sis ni.. ade kata2 semangat dan sambil baca sambil terasa jugak neves yakmat tu dlm hati.. saya dh masuk 2x repeat baca story ni harap2 dpermudahkn juga urusan bersalin nnty..
ReplyDelete